Januari 11, 2022 Enrique Iceglesias

Kepentingan Mempunyai Website Untuk Perniagaan

Zaman sekarang, membina laman web perniagaan atau kedai online telah menjadi semakin mudah dan tidak perlu membazirkan sehingga puluhan ribu untuk membinanya dan tidak memerlukan pengetahuan coding dari A ke Z. Kedai online anda tidak terikat dengan sebarang waktu perniagaan dan menjadi medium terbaik untuk mengiklankan perniagaan anda.

Laman web perniagaan bukan hanya digunakan untuk memasarkan produk atau perkhidmatan, ia juga boleh digunakan untuk memberitahu sesuatu info berguna kepada pelanggan anda. Masih ragu-ragu untuk memiliki laman web untuk mengembangkan perniagaan anda? Di sini kami sediakan 10 sebab mengapa perniagaan anda memerlukan laman web :

Memudahkan Pelanggan Anda

Enam daripada sepuluh pelanggan anda menjangkakan perniagaan anda menyediakan isi kandungan perniagaan anda di internet. Tambahan pula, separuh daripada pelanggan anda akan mencari laman web anda untuk mencari maklumat berkenaan produk yang anda jual. Sekiranya anda tidak memiliki laman web, pelanggan akan mencarinya pada laman web pesaing perniagaan anda. Bukankah ianya merugikan anda?

Mempengaruhi Kuasa Beli Pelanggan

Statistik menunjukkan 90% pengguna terpengaruh dengan review pengguna di internet. Anda boleh bergantung harap dengan Facebook, Twitter dan lain-lain review dari laman sosial, namun bukankah anda boleh mengalahkan pesaing anda jika anda mempunyai maklumat lengkap pada laman web anda? Anda boleh letakkan review dari pelanggan anda pada laman web

Anda Mengawal Sepenuhnya Perniagaan Anda

Anda tidak dapat mengawal sesiapa yang ingin berkata tidak elok berkenaan perniagaan anda di media sosial, namun anda dapat mempengaruhi persepsi orang ramai dengan menerangkan berita terkini berkenaan perniagaan anda di laman web. Sebagai contoh, blog entry perniagaan dapat menyampaikan mesej yang berkesan dan mudah dicari di enjin carian seperti Google dan Yahoo.

Menjimatkan Kos Marketing

Ramai memikirkan bahawa membina laman web adalah mahal, namun ianya adalah jauh lebih murah dan efektif jika hendak dibandingkan dengan kos marketing menggunakan flyers. Sebagai contoh, satu helai flyers mungkin berharga 10 sen, namun dengan teknik SEO yang betul, anda boleh memasarkan produk anda dengan hampir percuma. Anda juga boleh mewar-warkan laman web perniagaan anda di laman-laman sosial seperti Facebook dan Twitter.

Tidak Perlu Pengetahuan IT Yang Mendalam

Oleh sebab itu, kami lebih memilih WordPress sebagai medium kami membina laman web pelanggan kami kerana proses mengemaskini laman web akan menjadi lebih mudah. Untuk mengemaskini laman web, anda tidak perlu memiliki pengetahuan yang mendalam dalam bidang IT.

Kerana Pesaing Anda Memiliki Laman Web

Kebiasaannya, pengguna akan berminat untuk membeli melalui kajian dan cadangan daripada rakan-rakan di laman sosial. Kajian menunjukkan apabila pelanggan mula mempunyai idea tentang apa yang mereka mahukan, mereka akan mula melakukan kajian, dan 72 peratus daripada mereka melayari internet untuk mendapatkan info berkenaan produk tersebut dan review dari orang ramai. Dalam erti kata lain, jika anda tidak mempunyai laman web, anda telah membuka peluang kepada bakal pelanggan anda untuk membeli daripada pesaing anda.

Paparkan Perniagaan Anda di Google Search

81 peratus pelanggan akan melakukan sedikit kajian sebelum membeli. Ini bermaksud, mereka akan ke Google dan type satu atau beberapa keyword, sebagai contoh “kasut kulit terbaik”, atau, jika mereka tahu apa yang mereka perlukan; “Kasut kulit perempuan di Ampang”. Jika anda tidak mempunyai laman web perniagaan, pernigaan anda tidak akan berada di carian Google. Jika anda mempunyai laman web/ e-commerce, anda boleh optimumkan untuk carian Google (proses ini dipanggil SEO) dan membolehkan perniagaan anda berada di carian Google. Long tail keyword, meta description dan title adalah beberapa asas penting untuk memperbaiki SEO laman web anda.

"In the information age, build a website before you build a workplace."

Amit Kalantri

ICEINK, YOUR WEBSITE DESIGN & DEVELOPMENT PARTNER.

Di ICEINK, kami menjaga laman web anda termasuklah database, email, fail web, design, SEO, payment gateway dan lain-lain yang berkaitan dengan pembinaan laman web.

Hubungi kami sekiranya anda mempunyai idea perniagaan untuk diterjemahkan dalam bentuk online dan laman web. (juga boleh bertemu dalam Zoom Meeting / Google Meet untuk lebih mudah dan cepat).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

LET’S WORK TOGETHER

Let’s find out how to work together and create something valuable websites