Contents
Hello dari ICEINK. Dalam blog kali ini, kami ingin berkongsi pengalaman kami dalam membina laman web e-commerce yang menjual barangan peralatan gym yang ekslusif di Malaysia. Pada tahun 2022, kami berpeluang untuk membina laman web bagi www.f1-recreation.com.my. Mereka mempunyai lebih kurang 150 produk dimana kebanyakan produk mereka adalah berkenaan barangan home & commercial fitness equipment. Apa yang menarik dalam proses pembinaan ini adalah, mereka memberi kebebasan kepada kami untuk bermain atau propose warna korporat yang baharu (sebelum ini merah, hitam dan putih). Maka kami memilih untuk menukarkan warna merah kepada hijau muda untuk kelihatan lebih segar dan muda (energetic).
Proses pembinaan laman web ini mengambil masa sekurang-kurangnya 3 bulan untuk disiapkan. Sehingga kini, mereka masih menggunakan khidmat kami dalam mengemaskini laman web dan mengemaskini SEO website mereka. Tambahan pula, mereka menggunakan khidmat partner kami, www.penandpaper.com.my bagi mengurus digital marketing mereka seperti Facebook page, Instagram page dan juga akaun Tiktok (hubungi mereka untuk sebarang projek digital marketing anda).
Oleh itu, tanpa membuang waktu, ayuh kami kongsikan kepada anda mengenai idea Website Untuk Barang Gym Equipment.
www.f1-recreation.com.my
Idea Website Untuk Barang Gym Equipment
Satu perkara yang kami dapati adalah, barangan peralatan gym adalah agak mahal. Anggaran harganya adalah diantara RM500 ke RM70,000 untuk satu unit atau produk. Jadi bagaimana approach kami untuk menjual di laman web e-commerce?
1. Pilih payment gateway terbaik untuk sebarang transaksi yang besar
Dalam website f1-recreation.com.my, ada lebih kurang 3 payment gateway (local). Untuk transaksi besar, kami menggunakan Curlec (by Razorpay) bagi membolehkan pembayaran secara installment. Ianya lebih kurang sama dengan Hoolah atau Atome, namun installment boleh dilakukan sehingga 12 kali dan bukan hanya 3 kali pembayaran. Dalam erti kata lain, pelanggan boleh membayar secara ansuran berbanding membayar lumpsum untuk satu produk.
2. Menggunakan fungsi Mega Menu
Untuk memaparkan keseluruhan kategori produk dan brand, kami menggunakan fungsi mega menu. Dengan cara ini, user akan diapaparkan dengan keseluruhan kategori produk dan brand dengan hanya satu klik.
3. Integrasi dengan akaun Instagram (live)
Satu lagi improvement yang kami buat adalah dengan mengintegrasikan laman web ini dengan akaun Instagram mereka secara live. Ini bermaksud, setiap kali mereka update akaun Instagram mereka, update tersebut akan dipaparkan di laman web secara terus.
4. Custom shipping dan delivery
Kami dapati, memandangkan produk-produk mereka adalah agak mahal dan berat, mereka memerlukan fungsi-fungsi lain untuk perlindungan insurans dan sebagainya. Secara default, CMS seperti Woocommerce tidak mempunyai fungsi ini, maka kami custom sedikit code utk membolehkan fungsi pembayaran perlindungan insurans ini dimasukkan ketika proses checkout berlaku.
5. Fungsi Customer Review
Secara default, Woocommerce sudahpun mempunyai fungsi customer review tersendiri. Namun, kami menggunakan versi yang lebih advanced dimana paparan review dari customer boleh diaparkan di laman utama website. Customer review advanced ini juga mempunyai fungsi untuk memberikan kupon kepada pelanggan yang meninggalkan sebarang review bagi produk mereka.
Anda ingin mencipta laman web E-Commerce untuk perniagaan anda?
Untuk maklumat lanjut mengenai servis pembinaan laman web e-commerce, anda boleh klik disini. anda juga boleh menghubungi kami di emel sales@iceink.com.my atau whatsapp kami terus di talian 011-2839 9361.
ICEINK, YOUR WEB DESIGN JB & DEVELOPMENT PARTNER.
At ICEINK, we take care your website from emails, databases, web file, design, search engine optimization (SEO), payment gateways integration and many thing related to website design & development.
We are based in Johor Bahru (Malaysia). Got business ideas and want to transform your ideas into website? Contact Us Now and let’s schedule physicals or online meeting (Zoom & Google Meet).